Wednesday, March 17, 2010

Pengertian Sebenar..!

Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat..

Sunday, March 14, 2010

bicara seorang wanita...

Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian akan berpanjangan..

Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun..

hAkiKat hiDuP

Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan.

Erti Sebuah Keikhlasan

Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya..

Oh IBU...!! AkU sAYAnG kAmU...


Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan yang sebenar. Oleh itu agungilah jasa ibu.

CONTOHILAH ADAT SEMUT

Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.

Friday, March 5, 2010

MASALAH SOSIAL DI KALANGAN MAHASISWA TEMPATAN

Pandangan Tentang Gejala Sosial Melibatkan MAHASISWA..!!


Islam telah mensyariatkan bahawa lelaki dan wanita wajib diasingkan bermula dari umur sepuluh tahun lagi, lelaki dan wanita yang bersaudara pula perlu dipisahkan dari tempat tidur mereka. Manakala bagi lelaki dan wanita yang bukan bersaudara pula perlu ditegah dari bergaul setelah mereka mencapai akil baligh.

Mengapa Islam mensyariatkan sedemikian rupa? Apakah rahsia disebaliknya? Sesungguhnya setiap apa yang Allah S.W.T syariatkan kepada umat manusia bukanlah suatu yang sia-sia bahkan disebaliknya penuh dengan pelbagai hikmah dan kebaikan yang tidak dapat diketahui melainkan dengan penafsiran serta penelitian yang tinggi. Pelbagai perkara buruk boleh berlaku seandainya kita tidak menjaga batasan di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita ini antaranya ia akan mengakibatkan pelbagai masalah sosial sebagaimana yang ada disebut di atas bermula dengan zina, kemudian membawa kepada hamil sebelum nikah dan akhirnya timbullah kes pembuangan bayi yang tidak berdosa.

Apa yang menyedihkan ialah masalah sebegini sebenarnya telah tersebar di kalangan para remaja serta muda-mudi di negara ini. Lebih mengejutkan lagi ianya turut melanda mahasiswa dan mahasiswi di IPT yang mana mereka ini adalah dikategorikan sebagai intelektual yang merupakan pelapis negara yang bakal menerajui kepimpinan sekaligus diharapkan dapat membangunkan dan memajukan negara ini pada suatu masa akan datang.

Masalah sosial merupakan gejala abnormal atau tingkah laku yang tidak bermoral dan bersifat merosakkan. Ini bermaksud semua aktiviti yang membawa kepada keruntuhan akhlak perlu dihindari kerana boleh merosakkan peribadi dan nilai-nilai baik dalam diri seseorang individu. Dalam konteks kehidupan mahasiswa, antara masalah yang begitu ketara dihadapi oleh mereka ialah kegagalan menguruskan perasaan dan emosi dengan betul dan berkesan. Inilah yang membawa kepada tindakan-tindakan seperti keinginan berdua-duaan tanpa had waktu, menghabiskan masa dengan berbual di telefon, internet atau menggunakan khidmat pesanan ringkas (sms), keluar bersama sehingga lewat malam malah ada yang pergi ke disko atau pub-pub. Perlakuan di atas sebenarnya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh membawa kepada perlakuan yang lebih sumbang dan tidak bermoral.

Terdapat mahasiswa universiti atau kolej yang terlibat dalam perbuatan zina, kehamilan luar nikah, seterusnya pengguguran bayi sehingga menjejaskan pelajaran yang sepatutnya diutamakan. Malangnya ada antara mahasiswa yang terlibat dalam gejala tidak bermoral ini terdiri dari pelajar pintar yang menjadi harapan semua pihak terutama ibu bapa dan keluarga. Perbuatan yang dilakukan tidak hanya mencemar maruah diri tetapi turut mencemarkan nama ibu bapa di mata masyarakat. Insiden yang berlaku ini sedikit sebanyak memperlihatkan bahawa mereka masih tidak mempunyai prinsip yang teguh dan benteng diri yang kukuh untuk berdepan dengan cabaran dunia remaja.

Pendedahan luar juga menjadi faktor timbulnya gejala ini. Kedatangan para pelancong dari luar negara dengan membawa budaya mereka akan menyebabkan ada dikalangan mahasiswa terikut dengan budaya mereka. Ini kerana dengan adanya nilai yang berinteraksi dengan tindakan yang berterusan akan menyebabkan tabiat. “Pengetahuan dan penghayatan agama yang kurang juga dilihat menjadi salah satu faktor utama berkembangnya masalah sosial di kalangan mahasiswa. Jika ajaran-ajaran agama tidak dihayati dan dipraktikkan terutama dalam soal pergaulan, pasti mereka tidak mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan apa jua cabaran khususnya yang berkaitan dengan nafsu, emosi, perasaan dan hati.

Agama Islam meletakkan beberapa prinsip, panduan, larangan dan batasan tertentu dalam soal pergaulan membabitkan lelaki dan wanita bukan mahram. Kegagalan mempraktikkannya serta sikap tidak mengendahkan ajaran agama menyebabkan ramai yang terlanjur melakukan maksiat dan dosa.

Media Massa juga turut mempengaruhi gaya hidup mahasiswa kini. Bermacam-macam program hiburan telah disiarkan dan telah menjadi program tetap dalam satu-satu syarikat televisyen tersebut. Antara yang popular kini ialah program “realiti tv” yang memaparkan kehidupan seharian individu yang sedang dalam proses untuk menjadi artis, dengan percampuran antara lelaki dan wanita di dalam satu tempat tinggal serta menjalani pelbagai latihan kesenian bersama-sama. Ini semua mampu mempengaruhi golongan remaja terutamanya mahasiswa dalam menjalani kehidupan mereka sehari-hari.

Mereka akan mudah terikut-ikut dengan gaya hidup yang dipamerkan. Banyak budaya dari Barat telah berjaya menyelinap masuk melalui media massa. Selain daripada rancangan berbentuk “realiti TV”, sejak dahulu lagi telah banyak siaran-siaran televisyen yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat Malaysia telah disiarkan. Adegan berpelukan, berciuman dan pendedahan aurat sememangnya telah menjadi menu khas setiap rancangan televisyen. Apabila siaran-siaran sebegini ditonton oleh anak-anak yang meningkat remaja maka ia boleh menyebabkan mereka banyak berkhayal dan timbul rasa ingin tahu yang sangat tinggi. Inilah yang menyebakan muda-mudi semakin berani untuk mencuba melakukan perkara-perkara terkutuk tanpa segan silu apatah lagi memikirkan kemurkaan Allah S.W.T yang menanti mereka.

Semua yang telah diperkatakan tadi adalah merupakan faktor luaran yang sedikit sebanyak menjadi punca keruntuhan moral dikalangan mahasiswa. Namun begitu, dengan pengamalan dasar percampuran jantina di kolej-kolej kediaman atau penginapan mahasiswa di pusat pengajian tinggi juga dilihat sebagai faktor yang menyokong perkembangan masalah sosial di kalangan mahasiswa. Apabila tinggal di tempat yang sama, ini memudahkan mereka bersama ke sana ke mari tidak kira siang atau malam. Senario di kampus memaparkan bagaimana mahasiswa masih boleh membonceng motosikal pasangan masing-masing dan keluar bersama walaupun sudah lewat malam dan meniti waktu pagi.

Peranan semua pihak sememangnya diperlukan dalam mengurangkan seterusnya membendung gejala yang tidak sihat ini dari terus merebak ke dalam saraf-saraf sosial mahasiswa pada masa akan datang.

"MAHASISWA INTELEK MENJANA KECEMERLANGAN UMMAH"

Renung-renungkanlah....

ISU KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA

Di petik dari masalah ISU KEBEBASAN BERAGAMA :

Perkara 11 dalam Perlembagaan Negara memperutukkan kebebasan beragama kepada rakyat Malaysia. Antara penekanan yang terdapat dalam peruntukan ini ialah:

  1. Walaupun agama Islam adalah agama rasmi negara ini, rakyat tetap bebas menganut agama-agama lain.
  2. Seseorang tidak boleh menyekat orang lain daripada menjalankan aktiviti keagamaan.
  3. Penganut setiap agama diberikan kebebasan untuk meraikan upacara keagamaan masing-masing.
  4. Hari sambutan upacara keagamaan bagi agama-agama utama merupakan cuti am.
Persoalannya di sini, perlukah kita menyokong perlembagaan ini dari sudut pandangan islam? Ya,perlu. atau Tidak perlu.

JAWAPAN: ...............................................??

Apakah yang anda fikirkan apabila melihat gambar ini? Cuba bayangkan,apakah yang berada dalam kotak fikiran mereka apabila bertemu anda?? :)

NASIHAT TENTANG AMALAN PEMBAZIRAN

Allah berfirman di dakam Al-Quran, ayat 27 Surah Al-Isyra':

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya."

Bagaimana hanya dengan membazir, kita boleh menjadi saudara-saudara Syaitan? Sedarilah bahawa dalam diri Syaitan adanya sifat takabbur, meninggi diri. Manakala perbuatan membazir itu biasanya didasari oleh perasaan merasa mempunyai kelebihan, jika membazir pun tiada apa-apa yang terkurang padanya. Perasaan itu jika dibiarkan boleh menghampiri kepada sifat meninggi diri yang sangat dilarang.

SURAH AL-FATIHAH DAN TERJEMAHAN KEFAHAMAN





بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (al-Fatihah 1:1)


الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (al-Fatihah 1:2)


الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (al-Fatihah 1:3)


مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). (al-Fatihah 1:4)


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (al-Fatihah 1:5)


اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus. (al-Fatihah 1:6)


صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (al-Fatihah 1:7)

HADIS

عَنْ اَنَسٍ اَنَّ رسول الله قَالَ : لا يُؤْمِنُ اَحَدُكُمْ حَتَّى اَكُوْنَ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ اَجْمَعِيْنَ
Dari Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak beriman sebelum aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya dan manusia seluruhnya”.
Hadits riwayat Bukhari dan Muslim

HADIS


قَالَ رسول الله : ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَبِهِنَّ حَلاوَةَ الاِيْمَان اَنْ يَكُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَاَنْ يُحِبَّ الْمَرْأ لايُحِبُّهُ اِلاَّ لِلَّه وَاَنْ يَكْرَهَ اَنْ يَعُوْدَ اِلَى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ اِذْ اَنْقَذَفَ فِيْ النَّارِ
“Tiga hal yang barang siapa dalam dirinya terdapat tiga hal ini, dia pasti menemukan manisnya Iman: (1) Kalau Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya, (2) Kalau dia mencintai seseorang, tidaklah dicintainya melainkan kerana Allah, (3) Dan kalau dia benci kembali kepada kekufuran seperti kebenciannya jika dicampakkan ke dalam api”. Hadits riwayat Bukhari dan Muslim

Terjemahan dan Pemahaman Hadis 40

HADIS PERTAMA

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

assalamualaikum..

salam ukhwah..kepada sahabat2, apa pandangan anda semua tentang gmbar di atas?? apakah yg gemar untuk anda bicarakn tentang gmbar tsebut..